Puisi Fiqh wan


MASIH MERINDUI 


Di jendela 

Dia masih menatap gambar 

Menyimpan seribu kenangan 

Di dalam hidup. 

 

Jari masih menari 

aksara terbentuk

sebuah rasa 

untuk kita

terbitkan rasa rindu.

 

 



 AKHIRNYA 

 

Kamu berada dalam hatiku

Meskipun kita terasing 

Jiwa meronta

Namun,

Masa sudah tamat

Dahulu kamu beriya

Kini minta dilupakan

Kerna 

Kamu hanyalah sejarah 

Meneroka kehidupan

Untuk diabadikan bersama.


 


Tentang Penulis

Fiqh wan, dilahirkan pada 29 mei 1995. Pelajar penulisan artistik daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana tahun 2019. Karya saya pernah disiarkan di New Sabah Times, Harian Ekspres, Utusan Borneo majalah Tunas Cipta. Beliau juga menyertai program Lasykar Puisi Alam Melayu (2020) dan Pertandingan Menulis Puisi Sempena Bengkel Asas Semarak Sastera (2021) peringkat antrabangsa.


Tags

Posting Komentar

1 Komentar
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Masih merindu...👏👏👏ringkas tapi maksud yang mendalam dan mudah meresap dalam jiwa pembaca.👍👍👍

    BalasHapus