Fiqh
Wan
Meniti
Memori
Senyuman
manis
Kau
kemparkan
Kepadaku
Lalu
Kita
bertentang mata.
Di kala bulan dan bintang menari bersama
kita lalui saat-saat indah
Bertemu
Dan bila hatimu termenung
Kau ceriakanku.
Kau pulangkan kenangan
Cincin yang kuberi
Di bawah
hujan kerinduan
Di ibu kota.
Kita berpisah atas nama cinta.
Fiqh
Wan
Purnama
Hai
purnama, ini bukan tentang rindu
Tiap
kali menatapmu
Rinduku
membuak
Pejamkan
mata tanpa berkata-kata
Masih
sepi
Nombor
dan gambarmu masih
Tersimpan
rapi
Dalam
galeri memori telefon.
Kukira
kita masih bersama seperti dahulu
Namun
Itu
semuanya mimpi
Ia
tak sama seperti dahulu
Purnamaku
sayang.
Fiqh Wan,
dilahirkan pada 29 Mei
1995. Tinggal di Jalan Pinggiran Putra 5/12 Desa
Pinggiran Putra 43000 Kajang, Selangor, Malaysia. Pelajar
penulisan artistik daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) tahun 2019. Karyanya
pernah disiarkan di New Sabah Times,
Harian Ekspres, Utusan Borneo,
majalah Tunas Cipta. Dia
juga menyertai program Lasykar Puisi Alam Melayu (2020) dan Pertandingan
Menulis Puisi Sempena Bengkel Asas Semarak Sastera (2021) peringkat
antrabangsa.

