Cermin yang Terpesong oleh Cinta
Tubuh cermin bertiang indah
siang melekatkan warna merah
malam mewartakan setiap rumah
kadang hilang dalam musnah
retak rupa di taman gundah
Datang kabus sejuk memeluk
berselimut di kerusi duduk
hujan tidak pernah merajuk
jika takdir sudah dipujuk
kerana hati dibakar remuk
Ingat siapa kita di alam ini
menanti janji-janji tertinggi
pernah dijilat dan diludahi
aksara cinta dusta dan keji
tunggu catatan sebuah belati
Taman Mutiara, Labuan, 2021
Tentang Penulis
Gabriel Kimjuan,
kelahiran tahun 1988. Seorang penulis dari Persatuan
Penulis Wilayah Persekutuan Labuan. Karyanya
pernah tersiar di Utusan Borneo, New Sabah Times, Harian Ekspres, Sinar Harian,
Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia, Berita Harian, Selangor Kini, majalah Wanita, Wadah, Tunas Cipta, Dewan Budaya dan lain-lain.
Pernah menerima Anugerah Penulis Muda PERWILA tahun 2015,
pemenang ASEAN E-WRITER AWARD oleh
E-Sastera Malaysia tahun 2016 dan sejumlah penghargaan
lainnya.
Kumpulan puisinya
Benang Merah (2015),
Bilik Istimewa (2017), dan Sajak Bekerja (2019).
